Wednesday, February 20, 2013

Kisah Hospital Bersalin.

Masa mengandungkan Raisya dulu pon aku pernah dilemma nak bersalin kt hospital mana. 

& dilemma ni dtg semula masa mengandung yg kedua ni. Bagus tak bagus la kan. Tiap2 kali mengandung agaknya tatau nak bersalin kat mana. Nak ke Pusrawi Kota Dsara mcm jauh sgt la plak. :(

Persoalannya skrg, 

Kami dah berpindah ke Kem Sg Besi. Check up bulan2 memang buat kt RSAT Kem je la. Mudah, dekat, jimat & cepat. Sekejapan dah setel semua urusan check up. Tak perlu nak tggu terlampau lama mcm masa check up yg dulu. 

Dan aku tatau kenapa (sama ada aku je mcm ni, or semua ibu2 yg pregnant 2nd time pon mcm ni), aku mcm tak kisah sgt dgn kandungan kali ni. I mean tak kisah tu bukan mcm tak amik tau lgsg, maksud aku, aku tak terlalu concern mcm dulu. Dulu aku dah check up kt KK, aku gi check up kt Pusrawi lg. sebab ada unsur2 ketidakpercayaan pada hospital/klinik kerajaan. Mungkin sbb klinik2 askar bagus kot drpd klinik2 kerajaan kt luar, sbb tu aku mcm rileks sikit. 

Dipendekkan cerita, aku dah masuk 32 minggu. Maka aku harus decide kt mana tmpt bersalin. HARUS! HARUS! MESTI!

1st choice: 

Suami cadangkan pergi ke Hosp. Columbia Asia Cheras. Tapi aku reluctant. 

Sebab? 

Sebab aku rasa kononnya nak berjimat kali ni. Nak save bayar instead of 2-3 ribu utk kos bersalin normal, kepada FREE OF CHARGE sahaja. Kot tiba2 kena bersalin ceaser, mau kena spend 7-8k & aku tak rasa kami mampu utk byr kos sebanyak tu. Mampu tu mampu lah, tapi pejam mata, telan air liur je la lps byr tu. Huhuhu. so cadangan telah ditolak. 

2nd choice:  UKMSC. 
Ok memang ok. Tapi anggaran bersalin normal kt situ is rm3-4K, Ceaser rm8-10k. (Kos termasuk kos epidural). Baik aku pergi Columbia Asia je kan. Makan pon sah2 lg sedap. 

Plus, kena ada atleast 3 appointments kt UKMSC before bersalin & paling best, semua appointment nak selit utk appointment tu dah penuh. Apekah? Maka cancel UKMSC.

3rd choice:  HOSP. ANGKATAN TENTERA TUANKU MIZAN.

Best hospital so far. Cuma paling malas nak kena tunggu utk check up selama berejam2. Dari pagi confirm smpi petang baru setel. Padahal patient ibu mengandung bukannya ramai pon (ni aku tau berdasarkan pengalaman kwn2 geng bini askar). Utk charge epidural aku tak pasti. Tapi yg pastinya, bilik memang akan sgt selesa, lagi2 kalau bini pegawai. Parking senang, Sunyi. Service pon ok.Tapi tu lah, nak kena tunggu berejam2 yg paling malas tu. So aku rasa mcm malas la nak gi HAT Mizan ni. 


4th choice: HUKM.

Paling dekat ngan rumah. Kemudahan semua ok. Epidural ada time opis hour je. Tapi paling bangsat ialah PARKING problem. Byk review kawan2 ckp hosp ni ok & service best. Kos: FOC sbb laki askar kan. 

Oleh kerana aku dah malas nak pikir, aku akan pergi ke HUKM je memandangkan aku dah amik pon appointment check up kt HUKM. Suami pon ckp, "Takpe, kita gi Hukm je", kawan2 dia ajar kalo nak senang parking, pegi curik parking kt blkg2 belah parking doktor pelatih tu. So aku pon pasrah & bersedia je la diri TANPA epidural kalau tiba2 bersalin time after opis hour / time weekend nanti. Mental kena prepare dari skrg. Teknik pernafasan pon kena belajar dari skrg.


TAPI, 


Tiba2 suami ckp, "Ok ma, cancel semua hospital. Kita pergi ke HAT Mizan je. Senang." 


Apekah? 


Aku ke dia yg nak bersalin ni? 

Dan yg bestya, sampai skrg aku masih pening. 


P/S: Kenapa kos bersalin makin mahal woiii skrg ni? Aku rasa time nikah dulu & halal utk buat anak dll. cuma rm22.50 je. Tp kenapa kos bersalin dah increase like 50% drpd 3thn yg lepas??? huhuhu.


8 comments:

  1. pada saya bersalin hospital mana2 pun sama..kalau mahukan service tip top kenalah kuarkan duit sikit..heheh

    ReplyDelete
  2. bukan awk je Sha..kite pn 2nd preg ni cam sambil lewa skek. ni nk masuk 4 bulan baru nk bukak buku next month. yg 1st dulu kemain lg awal2 da pegi huhu.

    yup. dilema gak bab nk bersalin kt mana. 2 choice je. annur or azzahrah kt bangi. spital sebelah2 huhu. dr segi kos klu dh private tu phm2 la kan. x sure nk g yg cheaper sket or tetap dgn doc lama. doc lama ni dia tawu history kita. itu lak kelebihannya. mcm2 lg nk fikir ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. annur & azzahrah lebih kurang je kot. baik awk continue ngan doc lama je ena.

      Delete
    2. kan Sha? kite pun berat nak dgn doc yg lama tu. hrp habi approved lah ^^

      Delete
  3. Besalin kat ipoh lah.pantai hospital sini normal, single room dlm 1.8k je. Compare ngan pantai kat kl ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.8k tu mmg serious murah melampau. kalau kt kl ni mana nak dpt lg. huhuh

      Delete
  4. Replies
    1. boleh rasanya. terlupa plak nak tanya bab tu. huhuhu

      Delete